Pameran Artefak

Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA

PENGANTAR GALERI M.A.R

PENGANTAR GALERI M.A.R

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana memberi petunjuk dan hidayah dalam usaha kami untuk menghimpunkan Khazanah-khazanah Artifak Islam Seantero Dunia yang sebahagian besarnya telah hilang begitu sahaja tanpa peliharaan dan simpanan yang teratur.

Usaha menghimpun dan mencari Khazanah-Khazanah ini semestinya ada kekuatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang dilalui sehinggalah Berjaya terhimpunya koleksi Artifak Islam yang sangat berguna bukan sahaja untuk menjadi bahan rujukan ianya untuk memperlihatkan akan kewujudan dan kekuatan islam zaman dahulu kala.

Untuk mencapai kejayaan dalam usaha ini dalam masa 2 tahun kami telah mencari dan belajar serta merantau kemarata tempat di seluruh dunia untuk memperolehi bahan-bahan Artifak tersebut. Pihak kami berusaha untuk mendapatkan Artifak-artifak Rasulullah dan Para Sahabat dengan cara meminjam dari Mekah, Madinah, India, Jordan, Syria dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar berjumlah 3.6juta, untuk bayaran Insuran dan perbelanjaan. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah, kami akan menjelajah seluruh Asia untuk membuat pameran bagi tujuan mendekatkan lagi Umat Islam dengan mendekati khazanah-khazanah peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A walaupun kita tidak berjumpa dengan Baginda.

Dalam dunia yang serba moden ini dan lebih menuju ke era globalisasi elektronik belum banyak Negara atau institusi yang mengambil inisiatif secara serius untuk memulihara dan menyimpan bahan-bahan tersebut unutk dijadikan tempat pameran dan rujukan yang secara ilmiah untuk diketengahkan.

Apa yang kami harapkan semoga bahan-bahan Artifak tersebut akan dijaga dan diselamatkan sebagai bukti kepada dunia akan kehebatan dan keagungan warisan kesenian tamadun Islam serta agar ianya tidak jatuh kepada tangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Sekian terima kasih

“ WARISAN KITA BUDAYA KITA”

 

Prof. Dr. Hj. Abd Manan Embong

Warisan Galeri M.A.R